Exam Sudah Habis



Assalamualaikum W.B.T  buat semua para blogger,dan para yang sudi melawat ke blog ini! "senyum :)"
Oraiit,,salam sudah diberi maka maksud pada tajuknya.Maka tajuknya berbunyi begini " Exam Sudah Habis "

Exam Sudah Habis ? yes memang la dah habis,tapi baru saja first exam,masih jauh lagi perjalanan untuk sem ni, (sebenarnya aku macam tak ada ideal je nak cerita ni) ok baiklah, aku cerita sedikit perjalanan atau kaedah pengajian universiti di Jordan,terutama universiti aku la Al al-bayt University Of Jordan.

Sebenarnya kami sepenjang tahun, ada 3 semester yang dipanggil fasal awal (first semester) fasal thani (second semester) and fasal soifi (summer semester) untuk fasal awal dan fasal thani adalah wajib untuk kami ambil dan untuk fasal soifi pula bebas dan kebanyakan akan pulang ke Malaysia.

Untuk tempoh pengajian fasal awal dan fasal thani ada 4 bulan,dan kalau fasal soifi pula tempoh pengajian hanya 2 bulan lepas tu cuti,dalam setiap fasal kami akan ada 3 kali exam,iaitu imtihan awal (first exam) imtihan thani (second exam) dan imithan nihaie (final exam)

Orait,siap sedikit penjelasan tentang tempat aku belajar,so sekarang ni kaitanya dan isu sebenar yang aku nak share adalah aku baru habis first exam dan ada rasa sedikit kegembiraan. haa.haa..sekian.

Alhamdulillah ala kulliha wa ni'mat

Wasalam. "senyum :) "

Eid Mubarak


ini bukan isteri-isteri aku tapi kakak saja. 


Assalamualaikum W.B.T salam edul adha 10 Zulhijjah 1434 H
alhamdulillah hari nie dapat merasa suasana eidul adha buat kali ke-3 di bumi Jordan,suasana yang agak meriah jugak untuk raya haji kali ini.

Orait! malas nak cakap banyak cuma aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya haji buat semua muslimin dan muslimat كل عام وأنتم بخير

Sekian Wasalam



Throwback 'Eidul adha bumi Jordan

 
raya haji 2012 lepas solat raya
Assalamualaikum W.B.T salam 6 zulhijjah 1434 H, kira lagi enam hari la kita nak sambut 'Edul adha kan?
oraitt!! bila sebuat sambut 'eidul adha nie aku nak throwback la sikit,rasanya dah 3tahun sambut 'edul adha kat perantau ni,dah 3tahun la jugak tak dapat tengok orang malaysia sembelih lembu,sayu je rasa.

Ok,sebenarnya kat negara arab terutama Jordan nie mereka sebenarnya lebih semangat sambut 'eidul adha berbanding kat Malaysia,kira kalau 'eidul adha mereka sambut macam mana kita sambut hari raya 'eidul fitri.Memang semangat budak-budak arab dengan semangatnya melaungkan takbir dan mereka akan ziarah menziarahi.

Cuma suasana mereka dari segi ibadah korban ni tak sama macam Malaysia kalau kat Malaysia kita dapat tengok ramai-ramai berkumpul dan menyaksikan penyembelihan binatang korban,tapi kat sini kalau buat korban macam susah sikit nak tengok sebab mereka tak ada kawasan lapang,kalau nak sembelih mereka akan sembelih disebalik bangunan je tu pon sesimple gile.

Orang arab mereka makan daging dan kepala je selalunya,barang dalaman macam perut,limpa semua tu mereka memang tak makan,tu yang agak rindu nak makan perut lembu limpa dan etc...

Apa pon serius sambut 'Eidul adha kat sini memang meriah walaupun susah nak tengok orang sembelih lembu tapi suasana dia tu memang lain sikit la.Tambahan pula memang kita orang pelajar malaysia memang suka la buat open house memang penuh event tu,walaupun ni hari raya haji open house tetap ada.

Akhir kata,tahun ni kene la merasa lagi raya haji kat luar negara sendiri,Ok Wasalam.


gambar raya haji 2012,budak arab tengah semngat bertakbir bantu pelajar malaysia nak sembelih lembu.




Kekasih Hati


Assalamualaikum W.B.T nie post sesimple giler,cume nak cakap lama je tak main dengan kekasih hati aku ni, (DSLR NIKON D7000) tetiba petang tadi bermain-main dengan dia.hahaha. OK Wasalam.

Imtihan Awal



Assalamualaikum W.B.T dan Alhamdulillah ala kullu nikmat.
Orait..time musim sejuk yang dah mula nak kuat nie,aku yang terpaksa menyiapkan nota Fiqh Uqubat (hudud dan qisas) rasa nak bercerita sikit kepada anda yang sudi membaca,sambil-sambil minta derma doa dari kalian semua.! :)

Al-kisahnya hari khamis nie 10 Oktober 2013 bersamaan 5 Zulhijjah 1434 H tarikh exam pertama bagi subjek fiqh uqubat,Ok,sebenarnya fiqh uqubat ini antara madah yang agak aku suka untuk sem nie,sebab dia  subjek yang penting pagi student syariah fiqh wa usul terutama lagi yang nak jadi law,memang penting!



 Untuk akhirnya,aku mohon korang doakan yang terbaik untuk aku semoga dipermudahkan segala urusan untuk exam ni,sebenarnya ada 5 subjek lagi yang belum exam tapi semuanya selepas hari raya haji,apepon fiqh uqubat nie yang first kene exam sebleum raya,doakan la ye. :D

Ok,Wasalam.

Musim Sejuk Sudah Datang!



Assalamualaikum W.B.T
Aku nak bercerita sedikit pasal musim sejuk ok? orait,pagi tadi time aku tengah duk berfacebook terbaca news dari Jordan yang mengatakan musim sejuk di Jordan pada tahun ini amat dan sangat sejuk dalam tempoh seratus tahun sebelum ini.Woww!! aku tak boleh nak bayangkan macam mana,yang sejuk sebelum ni pon dah tersangat sejuk.

Ok,sekarang di Jordan ini sudah mula terasa sejuknya,tapi biasala baru permulaan selalunya pagi dan malam tu kalau bercakap memang keluar asap la tapi kalau tengahari panas macam biasa.Kebiasaan musim sejuk kat Jordan ni akan kuat bila masuk bulan november atau hujung bulan oktober time tu sepanjang hari la sejuk.

Selalunya kami pelajar Jordan akan mula buat persiapan untuk masuk musim sejuk bila nampak tanda-tandanya macam sekarang la,bulan 10 ni memang tanda-tanda musim sejuk akan keluar,time ni la semua winter coat yang dah berhabuk dalam almari akan didobi,pemanas badan akan dikeluarkan,pemanas air akan direpair kalau rosak.

Paling seronok musim sejuk,bila menanti salji turun perghh! selalunya salji turun bulan 1 sebab bula 1 adalah bulan yang paling sejuk sampai suhu yang dah kritikal la, memang best lagi-lagi bulan 1 ni winter break kat sini,tapi kebanyakan pelajar kat sini tak suka main salji,sape yang suka bila dah sejuk tahap kritikal ye dak? tapi aku suka je.hehe

Selain itu apa yang seronok musim sejuk ni nak pergi class pon best je,nak tido lagi best dan kalau korang nak tahu musim sejuk ni siang dia pendek je malam dia panjang selalunya jam 6.30 pagi tu dah cerah dan jam 4.00 petang tu dah magrib kira langit tu dah gelap.

Ok,setakat ni je kot apa yang nak diceritakan musim sejuk nie,dah tak tau nak cerita apa lagi blurr..hehee ok  Wasalam.