Imtihan Awal



Assalamualaikum W.B.T dan Alhamdulillah ala kullu nikmat.
Orait..time musim sejuk yang dah mula nak kuat nie,aku yang terpaksa menyiapkan nota Fiqh Uqubat (hudud dan qisas) rasa nak bercerita sikit kepada anda yang sudi membaca,sambil-sambil minta derma doa dari kalian semua.! :)

Al-kisahnya hari khamis nie 10 Oktober 2013 bersamaan 5 Zulhijjah 1434 H tarikh exam pertama bagi subjek fiqh uqubat,Ok,sebenarnya fiqh uqubat ini antara madah yang agak aku suka untuk sem nie,sebab dia  subjek yang penting pagi student syariah fiqh wa usul terutama lagi yang nak jadi law,memang penting!



 Untuk akhirnya,aku mohon korang doakan yang terbaik untuk aku semoga dipermudahkan segala urusan untuk exam ni,sebenarnya ada 5 subjek lagi yang belum exam tapi semuanya selepas hari raya haji,apepon fiqh uqubat nie yang first kene exam sebleum raya,doakan la ye. :D

Ok,Wasalam.

Musim Sejuk Sudah Datang!



Assalamualaikum W.B.T
Aku nak bercerita sedikit pasal musim sejuk ok? orait,pagi tadi time aku tengah duk berfacebook terbaca news dari Jordan yang mengatakan musim sejuk di Jordan pada tahun ini amat dan sangat sejuk dalam tempoh seratus tahun sebelum ini.Woww!! aku tak boleh nak bayangkan macam mana,yang sejuk sebelum ni pon dah tersangat sejuk.

Ok,sekarang di Jordan ini sudah mula terasa sejuknya,tapi biasala baru permulaan selalunya pagi dan malam tu kalau bercakap memang keluar asap la tapi kalau tengahari panas macam biasa.Kebiasaan musim sejuk kat Jordan ni akan kuat bila masuk bulan november atau hujung bulan oktober time tu sepanjang hari la sejuk.

Selalunya kami pelajar Jordan akan mula buat persiapan untuk masuk musim sejuk bila nampak tanda-tandanya macam sekarang la,bulan 10 ni memang tanda-tanda musim sejuk akan keluar,time ni la semua winter coat yang dah berhabuk dalam almari akan didobi,pemanas badan akan dikeluarkan,pemanas air akan direpair kalau rosak.

Paling seronok musim sejuk,bila menanti salji turun perghh! selalunya salji turun bulan 1 sebab bula 1 adalah bulan yang paling sejuk sampai suhu yang dah kritikal la, memang best lagi-lagi bulan 1 ni winter break kat sini,tapi kebanyakan pelajar kat sini tak suka main salji,sape yang suka bila dah sejuk tahap kritikal ye dak? tapi aku suka je.hehe

Selain itu apa yang seronok musim sejuk ni nak pergi class pon best je,nak tido lagi best dan kalau korang nak tahu musim sejuk ni siang dia pendek je malam dia panjang selalunya jam 6.30 pagi tu dah cerah dan jam 4.00 petang tu dah magrib kira langit tu dah gelap.

Ok,setakat ni je kot apa yang nak diceritakan musim sejuk nie,dah tak tau nak cerita apa lagi blurr..hehee ok  Wasalam.