Throwback 'Eidul adha bumi Jordan

 
raya haji 2012 lepas solat raya
Assalamualaikum W.B.T salam 6 zulhijjah 1434 H, kira lagi enam hari la kita nak sambut 'Edul adha kan?
oraitt!! bila sebuat sambut 'eidul adha nie aku nak throwback la sikit,rasanya dah 3tahun sambut 'edul adha kat perantau ni,dah 3tahun la jugak tak dapat tengok orang malaysia sembelih lembu,sayu je rasa.

Ok,sebenarnya kat negara arab terutama Jordan nie mereka sebenarnya lebih semangat sambut 'eidul adha berbanding kat Malaysia,kira kalau 'eidul adha mereka sambut macam mana kita sambut hari raya 'eidul fitri.Memang semangat budak-budak arab dengan semangatnya melaungkan takbir dan mereka akan ziarah menziarahi.

Cuma suasana mereka dari segi ibadah korban ni tak sama macam Malaysia kalau kat Malaysia kita dapat tengok ramai-ramai berkumpul dan menyaksikan penyembelihan binatang korban,tapi kat sini kalau buat korban macam susah sikit nak tengok sebab mereka tak ada kawasan lapang,kalau nak sembelih mereka akan sembelih disebalik bangunan je tu pon sesimple gile.

Orang arab mereka makan daging dan kepala je selalunya,barang dalaman macam perut,limpa semua tu mereka memang tak makan,tu yang agak rindu nak makan perut lembu limpa dan etc...

Apa pon serius sambut 'Eidul adha kat sini memang meriah walaupun susah nak tengok orang sembelih lembu tapi suasana dia tu memang lain sikit la.Tambahan pula memang kita orang pelajar malaysia memang suka la buat open house memang penuh event tu,walaupun ni hari raya haji open house tetap ada.

Akhir kata,tahun ni kene la merasa lagi raya haji kat luar negara sendiri,Ok Wasalam.


gambar raya haji 2012,budak arab tengah semngat bertakbir bantu pelajar malaysia nak sembelih lembu.




7 ulasan:

  1. Selamat menyambut Edul Adha.. :)
    agaknya kemeriahan Edul Adha disana sama dengan sambutan dikelantan kot...
    Kalau raya haji, dekat kelantan kan meriah... :)

    BalasPadam
  2. wow.orang perantau beraya di perantauan.btw,hopefully raya this time bring meaningful to u
    :)

    BalasPadam
  3. :) selamat menyambut hari raya haji..

    BalasPadam
  4. Mesti best beraya kt negara org... tp lg best klu dpt beraya kt kampung halaman sendiri... (^_^)

    BalasPadam
  5. boleh tahan la..xder la nk rindu family kat Malaysia sgt! :)

    BalasPadam

KOMEN